Pages

Saturday 14 January 2012

☛ Kawan-bestfwen-sahabat ☚


Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.”
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.”

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci 
tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.

TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati,
dalam 2 hati diberikan 3 rasa : SAYANG, KASIH & KASIHAN.
Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan: berkenalan, berteman, berkawan, & bersama.
Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu TEMAN BAIK SELALU DI SISI.
 Dalam 5 perkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI.
Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu “SAHABAT”





#jadilah seorang sahabat yang mengerti apa erti persahabatan#

✿ Aily n Pimple?? owh tdk!!! say NO to pimple!! ✿



Kebiasaannya perempuan xkan suka  dgn situasi begini..bgitu juga ngan Aily…Anti pimple :) siyes don’t like..tp kalau llaki ade pimple x pe..nmpk macho skit an..lelaki kalau ade pimple mnunjukkan peribadi yg matured..lelaki yg x de pimple ni JAMBU lar der!!  So Aily x mnt cam tu..x matured!!hehhe



Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :

ΦAmbil wudu’ sebelum tidur..(bg yg beragama islam)

ΦPastikan diri berwudu’ sepanjang masa.(bg yg beragama islam)

ΦElakkan diri daripada tekanan.

ΦPastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.

ΦElakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).

ΦBerdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.

ΦPastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.

ΦPastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.

ΦPastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.

ΦLindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

ΦKurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.

ΦElakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.

ΦPastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.




so apalagi..da cube??? Aily mmg praktikkan pown..hehhe..erm k lar ,tu je serba skit pengetahuan yg Aily nk kongsi disini..bye Assalamualaikum..